SELAMAT TAHUN BARU 2012

Diucapkan Selamat Tahun Baru dan Sesi Persekolahan 2012 kepada semua warga SMK Agama Limauan.

 

Visi dan Misi

VISI

SMKA LIMAUAN KIMANIS KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) MENJELANG 2016

 

MISI SEKOLAH

Membangun Kepimpinan Pengurusan Pendidikan Berkesan untuk Mewujudkan Organisasi Pendidikan Terbilang.

Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti dengan Memaksimakan Penggunaan Sumber untuk Melahirkan Modal Insan Seimbang yang Mampu Membangun Diri, Keluarga, Masyarakat dan Negara.

 

 

 

Keputusan PMR 2011

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2011 telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2009. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 1.97, dengan peratus kelulusan sebanyak 88.66%. Sebanyak 8 mata pelajaran telah mendapat kelulusan 100%, didahului dengan KHB-ERT, Pendidikan Islam, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu, KHB-KT, Science dan Mathematics. Sementara itu Bahasa Inggeris medapat kelulusan 98.97% dan Bahasa Arab, 89.68%.

Seramai 4 orang pelajar telah mendapat keputusan 9A, iaitu:

1. MOHAMMAD HASBI BIN SUMIN

2. MOHD FIKRI BIN MAHAMUDA @ MAHMUDA

3. MUHAMMAD NAZRI BIN ROSLI

4. EFFI NUR SHAZLEEN BINTI SALLEH

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon PMR 2011 yang telah menunjukkan peningkatan dalam PMR 2011. Begitu juga kepada pihak pentadbiran sekolah dan semua guru yang telah berusaha keras.